BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 23

Allah Uji Sebab Allah Sayang .

Hari ini topik aku pasal tazkirah... Memandangkan dah nak masuk bulan Ramadhan, maka sesuai sangatlah kalau kita cuba bukak minda kita untuk berfikir dan muhasabah kembali diri kita ini... Mungkin hari2 lain kita akan terlupa, jadi mengapa tak gunakan hari ini untuk muhasabah diri bukan?



Pernah anda semua menghadapi masalah yang berterusan? Atau erti kata lain, sudah jatuh ditimpa tangga? Mesti pernah, bukan? Apa yang anda rasakan ketika itu? Letih, kecewa, sedih dan sebagainya... Tapi persoalannya, pada siapakah kita semua sandarkan perasaan itu? Pada keluarga, teman2, guru atau pensyarah, diri sendiri atau TUHAN? Sedarkah kita yang kita selalunya menyalahkan takdir untuk semua masalah yang kita hadapi? Jangan tipu, mesti ada kan?

Tahukah anda, hanya dengan perkataan seperti seandainya atau kalaulah, anda sudah dikira menyalahkan Illahi? Kenapa ya? Sebab anda mengeluh... La.. Mengeluh je, takkan salah kot? Adatlah manusia mengeluh... Jadi, kenapa pula mengeluh itu dikatakan menyalahkan Tuhan?

Berdasarkan buku "Apabila Allah Menduga Kita" karya Syed Alwi al-Attas, perkataan "seandainya" dan yang seangkatan dengannya merujuk kepada penolakan terhadap apa-apa yang terjadi sambil mengajukan pendapat kita tentang alternatif lain yang kononnya "lebih baik" dan seharusnya diambil... Apabila kita melakukan sebegini, sedarkah kita yang sebenarnya kita telah memberikan prasangka buruk terhadap Sang Pencipta? Prasangka buruk inilah yang membawa kepada penyalahan takdir dan akhirnya membawa kepada kebencian di dalam hati kita..

Allah itu lebih mengetahui apa yang berlaku.. Bukankah kita sering mengatakan bahawa Allah itu adalah sebaik-baik perancang? Jadi, kenapa saat kita diduga kita terus rebah dan menyalahkan takdir? Bukankah kita selalu berkata yang setiap yang berlaku ada hikmahnya? Jadi, kenapa saat kita susah kita harus rasa kecewa dengan takdir kita... Sudah sememangnya takdir kita sebegitu, usah dipertikaikan kenapa ia begitu... Pasti ada sebabnya... =)

Ujian sebenarnya adalah rahmat Allah buat kita... Kita diuji kerana Allah sayangkan kita... Mungkin sudah lumrah kekecewaan itu akan berlaku, tetapi ingatlah saat kita kecewa itu takkan mengubah apa-apapun andai kita sendiri tak bangun dan berusaha untuk mengubahnya... Betul tak?

Semoga kita akan terus tabah menghadapi ujian di dalam hidup kita, insya-Allah... Jadi, kita kena yakinkan hati bahawa Allah uji kita kerana apa semua? Kerana Allah sayangkan kita... Pandai anda semua... =)

Terima Kasih ;)