BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 25

Manusia + Kesilapan =)

Manusia yang banyak buat salah dan silap. Antara manusia itu, adalah AKU :)

Adakalanya aku terlepas pandang sendiri kesilapan saya. Mungkin aku merasa aku betul apabila ego diri meninggi tanpa menilai diri. Maka aku teruskan langkah aku tanpa memandang kiri dan kanan.
Itu salah satu kelemahan aku yang bernama manusia.

Satu perkara yang aku syukuri adalah, ALLAh izinkan aku merasai teguran dari-Nya dalam langkah aku meneruskan perjalanan yang diawali dengan kesilapan itu tadi. Aku pasti anda juga pernah merasa yang sama. Teguran halus daripada ALLAh Ta’ala itu walaupun tidak disedari oleh orang sekeliling, namun amat menggetarkan jiwa bagi yang merasainya. ALLAh Ta’ala mahu berikan kesedaran dengan cara-Nya.

Alam seakan-akan berbicara dan menegur kesalahan manusia!


Ketika menulis , saya sedang menyanyi terjerit jerit sehingga menyebabkan hujan dan kilat sabung menyabung di Bdr Kuantan , Semut berlari lari mencari tempat perlindungan , eletrik pun terpadam mendengar aku menyanyi . Lalat lalat yang dari tadi menghurungi aku yang tidak mandi lagi terus terbang dalam sekelip mata . Itulah akan terjadi bila aku menyanyi .

Back to the topic :)


Manusia dan kesilapan boleh dikatakan agak rapat dan tidak boleh dipisahkan bagai aur dengan tebing . Tapi , ada sesetengah manusia yang buat kesilapan tapai still tak nak mengaku dia yang melakukan kesilapan tu . Aku memang cukup pantang dengan orang macam ni . Actually , aku memang diajar oleh ayah sejak dari tadika lagi .. kalau kesilapan sendiri .. kena mengaku .. mintak maaf dekat orang orang yang terlibat . Jangan biarkan orang semua hidup dalam ketakutan .


Tapi bagi aku , lain pulak manusia yang suka fitnah fitnah orang ni . Ehem , aku pun ada pengalaman pahit pasal kes fitnah menfitnah ni . Sampai kena masuk bilik disiplin bagai . Tapi , aku manusia biasa . Well , kena bersabar dengan setiap apa yang terjadi . Kalau dengan manusia macam ni .. bila dia fitnah fitnah korang .. kau just tunggu bila keadaan dah reda sikit .. and then kau balas dendam lah balik kan . Itu cara aku . Tapi ianya tak lah menjurus terus kepada balas dendam .. sebaliknya kita ajar balik dekat dia .


Aku pun manusia . Tujuan menulis tajuk ini bukanlah untuk meninggi diri dan mengangkat martabat saya sebagai seorang manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan . Aku juga manusia biasa yang melakukan pelbagai kesalahan besar atau kecil . Aku juga manusia yang akan dihisab di kemudian hari . Tapi , tidak salah kalau kita membuat kesilapan sama ada sekecil semut sekalipun .. kita perlu minta maaf . Apakah lagi sebesar gajah :)





NotaKaki : Maaf kalau ada terkasar bahasa atau pun segala kesilapan yang dibuat oleh seorang manusia :)

Sunday, July 24

Cara Cara Nak Jadi Hot :)

Manusia mana yang tak nak digilai ramai ala ala Fahmiey Nasser eh silap .. Maksud aku ala ala Siti Nurhaliza , Rosnah Mat Aris and semestinya Awal Ashaari kan ? Yang Makcik makcik tu mesti nak jugak jadi hot mcm Norlia Ghani kan ? Haha . Setakat hot duk sebar cerita seluruh kampung buat apa kan :)

Apa motif Perempuan pakai Makeup tebal tebal , Pakai baju tak cukup kain .. And apa pulak motif manusia yang pakai Jaket Hitam bagai ? Padahal nak g Mydin and makan kat kedai Mapley je .. Ada setengah orang tu sibuk bawa DSLR sini sana lagi kan ? Hihi


Hmmmm , memandangkan entry ni entry cara cara . So , lets start the list out :

1 ) Korang nak korang ramai Fans ? Ramai add korang kat FB ? Haaaaa , letak lah gambar kau pakai jaket hitam .. pakai spek hitam besar .. rambut warna merah or another way is kau letak gambar 18sx .. nak cepat sikit .. kau fake je gambar orang yang hotstuff kan :) Akibatnya tanggung sendiri k .

2 ) Kau rebus air panas dalam cerek .. and then letak dalam baldi or bath tab .. lepastu kau masuk/mandi lah ;)

3 ) Tak payah pakai baju time lepak dekat Bukit Bintang atau Entrance Pavi tu :) Ini khas utk orang2 yang suka pakai short pants and singlet . Korang kan Hot . So bila buat mcm ni , ramai orang nak cool kan korang . Sekaligus merapatkan silaturrahim dgn orang2 yang cuba nak cool kan korg tu . Sambil tu ejas lah sikit kan ;)

4 ) Buat Video 18sx letak kat Youtube :) Bukan setakat dekat Malaysia je kau hot .. Satu Dunia boleh tgk .. Nanti ramai plak Paparazi , Mamarazi and wartawan wartawan call korg .. lagi lagi wartawan Harian Metro.. Jangan kau cakap aku pulak yang suruh . =.=

5 ) Buat Entry 18sx dalam blog korang .. Kalau laki boleh lah buat entry korg pernah rogol perempuan ke .. Haha . And perempuan blh lah buat mcm kes Adinda Evans tu :p

6 ) Cipta isu sendiri .. korang cakap lah ada kucing tu bercakap dengan kau lah .. Ada kambing tu bertukar jadi ular ke (*akuTAKUTular) konpem hot :)

7 ) Waktu tengahari kan .. korang pergi lah berjemur/duduk dekat tengah padang sekolah tu . Hot daripada biasa ok . Cara ni nanti orang akan anggap kau gila duudk tgh padang sorang sorang waktu tengahari . Esk kau jawab lah soalan soalan yang diajukan oleh team busy body sekolah :)

8 ) Next is .. korang tangkap gambar guna DSLR sambil buat mcm gaya artis . Tonggeng sana sini . Haha :p

9 ) Banyakkan membuat kes disipplin kat sekolah . bukan setakat student je kenal korang .. cikgu cikgu pun kenal . =)

10 ) Tulis entry macam mana nak jadi hot . sambil tu mengumpat mengumpat lah sikit . hihih



The conclusion is .. senang je kan nak jadi hot ni ? Takpayah gne byk duit pun nak beli makeup lah , nak g buat rambut lah , nak g beli jaket hitam lah :p


************
 Kecantikan seseorang itu bukan hanya di zahir sahaja. Apa gunanya jikalau seseorang itu mempunyai kecantikan tetapi berhati busuk atau bersikap sombong dan tidak bertimbang rasa.

************



NotaKaki :  Entry ini hanya sekadar suka suka . Tiada kaitan menyindir mana mana pihak dan tiada kaitan    antara hidup dan mati .

Saturday, July 23

Pengalaman Hitam 2006 :')

 


Ok . First sekali nak diingatkan , ini bukan pengalam bersalin ye =) Haha .


Tarikh 20/12/2006..aku main dgn kucing aku . exactly , semua kucing yang aku bela akan mati . haha . aku pon tak tau kenapa :D . tgh2 main , anak kucing nie merayap2 kat kawasan rumah . then dia pon termasuk rumah jiran . waktu tu , aku kat dapur .. bancuh dia susu :D baik kan aku . haha . then , keluar je tgk kucing tu dh ada kat rumah jiran . pagar rumah jiran tu kunci..aku pon apa lagi kan , dgn yakinya mengambil kerusi lepastu panjat pagar rumah jiran tu . hehe =) ouchh .


tiba2 , aku tak sedar langsung .. adik saudara aku cakap mcmni ''fahmi , bawa ketiak awak tu'' aku pon ..''hah??kenapa2?'' dia jawab ''tu berdarah banyak tu'' .. seriously . time tu tak rasa sakit langsung .. and tak sedar pon tgn dah tercucuk kat pagar tu .. aku pon tgk lah tangan aku .. pastu aku apa lagi kan . melalak sekuat hati lah . hahaha .. ye lah .. tgk isi dah terbuari ..malu gila bila ingat time ni .. and then , boleh panjat pagar balik utk keluar sambil air mata dah boleh buat mandi ..


nie cth gambar pagar tu ..
*klik gambar utk besarkan =)

Then , waktu tu mama takde . mama outstation terengganu ..nasib baik nenek ada . memandangkan nenek bekas nurse .. hihi . untung kan :D nenek pon belek2 lah . org semua dah gelabah . hoyeahhh . kakak aku lah yg paling gelabah sekali . call mama , call ayah .. and nenek ambik kain kecik warna kuning *smpi sekarang aku simpan* balutkan kat luka aku . nenek cakap ,luka dlm gila . smpai nampak urat putih . kena pergi hospital cepat2..takut urat putus . hah , abislah .. takleh lah tgn menaip kalau urat putus . 30 minit lepastu , pak cik pon dtg . ambik bawak g hospital ..sepanjang perjalanan aku menangis je . *malunya . haha . sampai kat hospital pakar .. ada nurse sambut pakai kerusi roda .. woo . terus ilang sakit . dgn satu lagi nurse .. sibok cakap ''tenang2'' rasa nak penampo je nurse tu .. memandangkan sakit . nasib baik tak :)
malu jugak kan . menangis bapak gila kuat . abis sume org tgk :'( tapi apa aku kisah kan . haha ...dahlah dari main entrance ke emergancy ward tu jauh . haiyaaa . sampai je kat emergency ward tu ... aku baring atas katil dia ..nurse tu tye nama semua .. then , dia nak try cabut tuala yang berbalut luka tu . aku tak bagi .. sakit woo . dah lah time tu isi tu dah melekat dkt tuala tu .. haha . then , lebih kurang pukul 6 .. masuk ward ... aku dapat ward 1 bilik = 6 org .. sebab bilik seorang semua dah penuh .. doktor check BP , demam semua .. time tu kena puasa .. sbb doktor nak operate kol 8:30 nanti ... then , doktor cocok ubat tidur .. aku pon mamai then terus tidur .. dlm pukul 8 mcmtu aku terjaga dah .. gila seram lah kan .. mana taknya , bangun2 dah ada katil untuk tolak ke OT and baju untuk operate yg seksi tu .. haha . aku pon terpaksa bangun pergi bilik air dgn wayar yg amat berselirat pakai baju tu ... time tu .. mama dah balik . terharu gila rasa .. pukul 8:30 nurse tu pon dtg .. tolak aku pergi OT .

ok .. dia tolak aku bapak gila laju . macam nak bersalin je . eeeeee nurse ni . ! mama n nenek je yg iring aku g OT .. dlm perjalanan g OT tu .. dlm hati aku .. ya allah...gila debar .. 5 kali aku tye nurse tu .. ''berapa lama operate??''..nurse tu pun muka bengang dah .. 1st time kan .. mama just cakap..''selawat..baca 3qul'' adik beradik semua duduk rumah je .. huhu .dlm OT tu .. dia pakai kan aku oxygen mask .. aku pun koya n terus tidur .. tak sedar apa ..sedar2 dlm kul 10:30 mcm tu aku dah sedar ..dah ada dekat wad.. huhu . time tu ayah dah sampai . alhamdulillah .. aku muntah2 abis katil aku .. huhu . yg paling aku bencinya , ada patient baru dpn katil ni . pakcik ni sakit apa entah .. tiap2 malam bising .. boleh plak dia kacau akak2 nurse tu .. setiap 5 minit dia tekan butang emergency tu .. yg paling takleh bla .. dia jatuh katil pastu dia melatah bapak gila panjang .. dlm loghat kelantan plak tu . hahaha..walaupun time tu aku sakit .. tapi pakcik tu yg buat aku senyum..haha . aku pon tidur lah .. tapi setiap 2 jam aku terjaga sbb nurse amik BP . hmm , aku kena 20 jahitan .. actually koyak satu tempat je . tpi doktor kena belah satu tempat nak keluar kan isi busuk tu .. jadi lah berparut2 . huhu . and sampai sekarang ada lagi kesan parut yang seakan2 ulat gonggok tu :D haha . pecah rahsia . jgn lepas ni org berlumba2 nak tgk ketiak aku sudah la .
one week jugak duduk dlm wad tu .. hari2 makan 5 jenis ubat woo .. dah lah makanan tak sedap . time tu bole plak mengidam nak makan segala bagi .. haha


NotaKaki ; kejadian nie lah yg buatkan aku anti dgn anak kucing smpi skrg :')